hye u olls...i nak share sikit ni...tapi sorry kalau bahasa saya tak berapa cantik..
Kami sekeluarga telah berbincang ingin makan malam di mana. So saya cadangkan makan di Steamboat Buffet @ D'Sandakan Seafood Paradise. Pada mulanya my mom tak setuju sebab dia ingin makan di fajar ,tapi kerana semua ingin makan di steamboat ,so my mom setuju jak lah..(ehehe)..Sebenarnya ini lah kali pertama saya dan adik beradik saya makan steamboat...teruja lah juga sebab dapat makan.(ahaah)..punyalah happy sampai di sana..tahulah kan kalau macam mna first time makan steamboot semua mahu ditanya.
Harga steamboat untuk dewasa RM 22 ,manakala untuk kanak-kanak RM 11 . Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Pelayan dan pekerja disana sangat lah peramah. Kami pilih ketam,kerang,dan makanan seafood yang lain.
Seterusnya pilihan yang kedua kami adalah bebola yang pelbagai perisa..memang terbaik lah..Terdapat juga makanan yang sudah siap seperti nasi goreng,kuey teow goreng,ayam goreng,sosej ,ayam mayaonis.Selain itu terdapat juga , ABC,pelbagai perisa aiskirim, mee goreng dan pelbagai manisan dan 2 jenis minuman sdan buah-buahan yang disediakan.
Lebih kurang satu jam kami berada disitu untuk menikmati segala hidangan yang tersedia...memang best makan kat sini..Bagi saya harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan..kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan layanan dan makanan yang di sediakan.Kami pulang dengan perut yang kenyang(ahaha)

No comments:
Post a Comment