>



SEJARAH MASYARAKAT JAWA


v          Menurut ensiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam kepulauan Indonesia . keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk pulau Madura dan pulau – pulau kecil lain. Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di asia tenggara iaitu sekitar 120 juta . Terdiri daripada lima kawasan iaitu jawa barat , jawa tengah , jawa timur, daeraah khusu ibu kota jakarta dan istimewa Yogyakarta. Kebudyaan jawa yang asli dari masyarkat – masyarakat di pulau jawa sudah berlalu selama berpuluh – puluh generasi. Ini bermaksud kebudayaan ini amat kaya dalam unsur – unsur kebudayaan universal seperti system organisasi social , pengetahuan, kesenian ,bangsa dan bahasa. Setelah berpuluh –puluh generasi , kebudayaan jawa ini tumbuh dari gagasan – gagasan tentang pergaulan antara manusia dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda- benda yang memantaulkan identiti konkrit tentang masyarakatnya.








v                MELALUI adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet. Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja. Ibu bapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga. Apabila ibu bapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik.

PEPATAH ORANG JAWA

     Orang Jawa kaya akan pepatah, biasanya mereka menggunakan pepatah atau kata-kata bijak dalam memberikan nasihat kepada sesama terutama kepada meraka yang lebih muda. Tak hanya itu, mereka juga menggunakan pepatah untuk mengkritik kelakuan seseorang kerana orang jawa penuh dengan pepatahnya. Mereka segan untuk menyampaikan hal yang sebenarnya dan secara langsung, di samping itu sifat ramah tamah orang jawa tidak memungkinkan untuk melakukan kritikan secara langsung yang akan menyinggung perasaan orang lain, sehingga mereka selalu menggunakan pepatah atau kata-kata bijak. Pepatah itu kadang-kadang membuatkan kita memikirkan maksudnya yang mendalam..

 Mikul dhuwur, mendhem jero 
(Mengangkat setinggi-tingginya, mengubur sedalam-dalamnya. Maksudnya, menilai seseorang dalam hal kebaikannya patut diunggulkan tetapi simpan kejelekan sedalam-dalamnya, janganlah disebarluaskan).

 Wong Jawa nggone semu
(Orang Jawa suka tersembunyi. Maksudnya, orang Jawa itu dalam berpikir dan bersikap cenderung menggunakan kata mutiara, kata bijak, pepatah, kiasan, simbol, sanepa).

 Rukun agawe santosa, crah agawe bubrah
(Kerukunan membuat menjadi kokoh, bertengkar menjadikan kehancuran/rusak. Maksudnya, dalam kehidupan sehari-hari selalu rukun agar semakin kuat, jangan saling bermusuhan).

 Anak polah, bapa kepradhah
(Setiap anak bertingkah, bapak akan selalu ikut bertanggung jawab. Maksudnya, sekalipun anak yang bertingkah laku bahkan tingkah lakunya menyimpang, orang tua yang bertanggung jawab).

 Kacang ora ninggal lanjaran
(Orang tua dan anak diibaratkan kacang panjang dan ajir, tidak dapat dipisahkan. Tingkah laku seorang anak mencerminkan tingkah laku orang tuanya).

 Emban cindhe, emban siladan
(Menggendong dengan selendang, menggendong dengan irisan bambu tipis tajam. Maksudnya, memberikan nasihat kepadara para orang tua agar jangan membedakan kasih sayang kepada semua anak-anaknya).

 Cekelen iwakke, aja buthek banyune
(Tangkaplah ikannya, tapi jangan sampai keruh. Maksudnya, setiap menyelesaikan masalah janganlah diperkeruh, yang terpenting inti permasalahannya terselesaikan dengan baik).

 Becik ketitik, ala ketara
(Siapa yang berbuat baik dan berbuat jahat akan ketahuan. Maksudnya, memberikan nasihat bahwa jangan takut untuk berbuat baik sekalipun terlihat jahat (jangan sebaliknya berbuat jahat tetapi nampak berbuat baik) karena sesuatu yang baik pasti akan terlihat baik sekalipun membutuhkan waktu yang lama, sedangkan sesuatu yang jahat atau buruk juga akan ketahuan di kemudian hari, hanya waktu yang bisa menjawabnya)

  Aja njagakake endoge blorok
(Jangan mengharapkan ketidakpastian. Maksudnya, janganlah berangan-angan mengharapkan sesuatu yang belum pasti, diibaratkan endoge blorok (telurnya ayam blorok), ayam belum tentu bertelur tetapi sudah diharapkan telurnya).

Ana dina, ana upa
(Ada hari, ada nasi. Maksudnya, selama masih ada kehidupan kita masih bisa bekerja, sehingga kita masih bisa mendapatkan rezeki).

Ana sethithik dipangan sethithik
(Dapat sedikit, dimakan sedikit. Maksudnya, memberikan nasihat untuk selalu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan, caranya dengan menerima rezeki yang diberikan sekalipun sedikit harus tetap disyukuri. Berarti dalam membelanjakannya juga harus terukur).

 Ora obah ora mamah
(Tidak mau bekerja, tidak dapat makan. Maksudnya, orang yang malas bekerja bakalan kelaparan. Memberikan motivasi untuk selalu bekerja mencari nafkah agar bisa mempertahankan hidup).

Kepercayaan

v              Sebahagian besar orang Jawa menganuti agama Islam. Sebilangan kecil menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik, termasuknya di kawasan luar bandar, dengan penganut agama Buddha dan Hindu juga ditemukan di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan

v           Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

Susun lapis sosial
v            Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologi Amerika Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:  

a)      kaum santri
b)      kaum abangan
c)       kaum priyayi

v            Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.

Kesenian

v           Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonan sebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Ciri-ciri orang Jawa

v                Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.

Tokoh-tokoh Jawa

  Abdurrahman Wahid ( bekas Presiden Republik Indonesia)
  RA. Kartini,(pahlawan Negara)
Michelle Branch,(penyanyi antarabangsa berketurunan Jawa)
 Suharto(bekas Presiden Republik Indonesia)
  Sukarno( pengasas negara serta bekas Presiden Republik Indonesia)
Susilo Bambang Yudhoyono( Presiden Republik Indonesia)
 Megawati Soekarno Poetri(bekas Presiden Republik Indonesia dan sekaligus presiden wanita pertama di Indonesia)

KEBUDAYAAN & ADAT RESAM

KEBUDAYAAN dan adat resam bangsa Jawa di Sabah khususnya di Sandakan hampir pupus di mata masyarakat umum, walaupun populasi Jawa di Sabah in memang ramai sehingga berjaya mewujudkan kampung-kampung jawa yang telah diikhtiraf oleh kerajaan di beberapa daerah.

Antaranya wujud kampung-kampung Jawa sejak di zaman British lagi sehingga di zaman pemerintahan USNO dan BERJAYA seperti di Tawau Kg Jawa Merotai Besar; Merotai Kecil; Kampung Jawa Kuhara; Kampung Jawa Sungai Burut dan Kampung Jawa Bumbalai, di sebelah pula Sandakan Kampung Jawa Sungai Batang; Kampung Jawa Gum-Gum, Kampung Jawa I dan Kg Jawa II di Jalan Sungai Manila; Kampung Jawa Tanjung Aru; Kg Jawa Lahad Datu, Kampung Jawa LangKon dan banyak lagi kampung-kampung jawa wujud di beberapa daerah di Sabah ini.

Ada resam jawa seperti kenduri gunakan ambeng, sajen dan kahwin ikut adat jawa di Sandakan mungkin masih diamalkan di dua buah kampung yang masih mengamalkan adat istiadat sebegini ini; tidak seperti di Johor, Perak dan Selangor kerana orang Jawa di sana masih kuat dan mengekalkan budaya dan adat resam mereka.

Ajirin Bin Kasirin semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net di Lapangan Terbang semasa majlis sambutan Sandakan festival menjelaskan, cuma yang masih kekal 90 peratus ialah masakan Jawa seperti pecal, gadoh-gadoh, petes, rempeyek, tempe, bakso, sate, getuk, bergedel, lontong, sambel lodeh, semur daging atau semur jengkol.

Sementara dodol, kuih kelpon, kuih gembelong ini semuanya sudah lenyap bila kebanyakan orang tua Jawa yang di bawa masuk oleh British dan Jepun; lantas kurang mewarisi budaya ini.
“Kebudayaan Jawa seperti tarian jaipong, ketopra, kuda kepang (Jaran Kepang) dan ronggeng ini hampir pupus kerana tiada generasi mahupun keturunan Jawa yang ada mempertahankan kebudayaan ini,” ujar Ajirin.

Kata Arifin, beliau adalah generasi Jawa yang keempat dan bermula daripada moyangnya, terus kepada arwah Kakek Kardi, bapanya Kasirin dan sebelum kakek saya meninggal, dia berpesan agar adat resam dan budaya Jawa jangan sekali-kali dilenyapkan. Budaya ini harus diwarisi turun menurun dan diketengahkan agar adat resam tidak mati ditelan zaman.

“Pada mulanya memang sukar untuk memanggil keturunan Jawa yang ada di beberapa kampung Jawa di sini, tetapi syukur Al-hamdulliah dengan berkat bantuan kawan-kawan yang bersemangat mahu memperjuangkan adat resam dan kebudayaan Jawa di persada masyarakat umum, akhirnya kita berjaya mengumpul remaja-remaja Jawa di Kampung Sungai Batang.
               
Setelah berjaya membentuk Persatuan Jawa Kg Sungei Batang, Batu 10, Jalan Labuk Sandakan pada tahun 2009 kami dapat sedikit bantuan untuk menumbuhkan tarian Jawa dan Kuda Kepang” jelasnya.

“Dalam jangka masa setahun, persatuan tarian kamu sering mendapat jemputan dari luar daerah ini seperti dari Kudat, Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau untuk mempersembahan tarian-tarian Jawa di majlis-majlis rasmi kerajaan dan NGO,” jelasnya

Kata Ajirin lagi, di Sandakan, memang wujud Persatuan Kebudayaan Jawa Sandakan yang diketuai oleh Hj Marzuki Hayat tetapi masih di peringkat proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) .

Sebagai Pengerusi Persatuan Jawa Kg Sungei Batang, Ajirin berharap ramai di kalangan keturunan Jawa di negeri ini yang mempunyai kedudukan tinggi di kerajaan negeri dan persekutuan; agar sama-sama tampil untuk menaikkan martabat bangsa Jawa dalam pelbagai aspek terutama, sekali mewujudkan Persatuan Jawa Sabah, agar setaraf dengan bangsa-bangsa Jawa di Semenanjung yang begitu popular dalam adat resam dan kebudayaan yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.

TRADISI PERAYAAN

Orang Jawa beraya SATU BULAN SYAWAL PENUH. Bukan kerana mereka ini kaki raya sangat pun tetapi budaya sebegitu telahpun ada sejak turun temurun lagi. Tertib beraya pada Minggu-minggu Syawal amalan Orang Jawa yang anda perlu tahu.

Pertama : Anak dan cucu pulang melawat Orang tua mereka.
Kedua : Orang tua yang dilawati cucu dan anak akan ke rumah ibu bapa mereka pula
Ketiga : Pangkat-pangkat atuk akan mula menziarah moyang-moyang pangkat ibu bapa mereka atau ibu bapa saudara mereka.
Keempat : Atuk nenek & moyang mula menziarah sesame beradik dan sepupu yang masih hidup.
Kaedah beraya cara ini kami rasakan sangat santai dan meresap di jiwa. Tidak sangat menyantap makanan sewaktu beraya, kadang kala hanya secawan teh `O’ sahaja dan bersembang sejam dengan air kosong itu. Tidak kalut dan hiruk pikuk seperti budaya yang berlaku di bandar-bandar kini. Memang sajian di rumah terbuka agak istimewa, tapi mustahil kita dapat merungkai silatulrahim secara peribadi dan mendalam jika dalam beberapa jam tuan rumah terpaksa melayan ribuan yang hadir.

v             Baraan raya atau dalam bahasa Melayunya ialah ziarah raya dari rumah ke rumah saudara mara, jiran tetangga SECARA BERKUMPULAN itu seakan diambil alih dengan kehebatan program-program khas raya di televisyen, ipad, smartphone, game, PSP atau setidak-tidaknya hanya suka tidur sahaja di hari raya. Di Kampung Jawa, usai sahaja solat Raya, masing-masing akan kembali ke rumah masing-masing untuk anak dan isteri bersalaman dan bermaaf-maafan. Biasanya selepas itu terus mereka berkumpul semula dengan kumpulan motosikal dan kereta untuk menziarah satu persatu rumah ahli qariah Masjid. Mereka berselawat dan bertakbir di setiap rumah. Bukan untuk makan sangat pun, tetapi itulah kemeriahan RAYA JAWA. Ya, Kampung Jawa disatukan qariahnya dengan aktiviti Masjid. Dari ziarah menziarahi itu pula mereka mengenali lebih dalam siapakah ahli keluarga rakan-rakan mereka yang lain.Di perkampungan Jawa, Jika seorang kanak-kanak melintas di hadapan rumah pun mereka kenal siapa ibu bapa mereka. Ditegurnya budak itu dan jika mencurigakan terus ditelefon sahaja orang tua mereka. Dengan baraan itu mereka kenal mengenal, dengan masjid itu mereka bersahabat dan keseluruhan keluarga mereka dengan keluarga yang lain saling jaga menjaga.
 adat MASYARAKAT JAWA MEngurus
 KEMATIAN

v           MASYARAKAT Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.

v             Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati. Selepas tersebarnya berita tentang kematian, rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan sahabat handai. Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa.

v                     Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekali gus dapat menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.

v          Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan.

v                              PAKAR antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun 1960-an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan. Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan. Suatu golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.

v                            Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan


v                      Terdapat beberapa gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden. Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas. Nama penuhnya ialah Raden Mas Bomantara.

v               Ketika menginjak akil baligh gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa (18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo. Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki jawatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran tambahan atau gelaran yang berubah nama.


v               Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.

v             Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara pungutan suara. Jika tiada, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa.


v                         Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari) Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir (pegawai air). Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi. Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau akhirat. Masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau keakhiratan.

v                   Terdapat juga dalam kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubati pesakit. Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.

TAHUKAH anda apa itu among-among?

        Seorang wanita berketurunan Jawa pernah melontarkan soalan tersebut ketika penulis menghubunginya untuk bertanya tentang budaya masyarakat Jawa membuatkan penulis terdiam seketika memikirkan maksud di sebalik perkataan itu. Adakah ia sejenis makanan atau haiwan?
Jika perkataan among-among agak asing pada penulis, pastinya ia juga jarang didengari oleh mereka yang bukan berketurunan Jawa. Apatah lagi, di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia sendiri ada yang tidak mengetahui apa itu among-among. Jika ada pun hanya sekadar pernah mendengar perkataan tersebut.

      Naluri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai among-among menemukan penulis dengan beberapa lelaki berketurunan Jawa melalui satu pertemuan yang diaturkan Riverstone, Ulu Yam baru-baru ini.

     “Among-among merupakan satu tradisi masyarakat Jawa meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. Ia akan diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, biasanya pada umur empat tahun.

     “Sebelum among-among ini dijalankan ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran-jiran dan saudara-mara datang menziarah keluarga bayi. Kunjungan tradisi ini dipanggil muyi, biasanya kaum ibu datang pada waktu siang manakala kaum bapa pada waktu malam,” kata Zahrul Nizam Mahfuz, 43, yang lebih mesra disapa Kang Nizam. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara i-Tech.

      Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini para tetamu diraikan dengan jamuan nasi ambang atau disebut ambeng. Juadah nasi itu dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat.

       Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari lahir seseorang bayi tersebut.

     “Among-among sebenarnya untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang,” kata anak Jawa kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.
                                                      
                                                        


v                  REWANG merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu lagi.Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan masyarakat melayu jawa.Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-royong dan seumpama dengannya. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat melayu jawa terutamanya di johor. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

v             Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan dengan makanan ringan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak. Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua dilantik.


Makanan Tradisi Orang Jawa
MAKANAN tradisi ni merupakan lambang sesuatu budaya, memandangkan saya berketurunan jawa kali ni saya nak berkongsi jenis-jenis makan tradisional masyarakat jawa di Malaysia.

NASI AMBENG

 


Nasi ambeng merupakan makanan wajib bagi masyarakat jawa terutama pada majlis kenduri. Cara yang betul makan nasi ambeng ni dengan 1 dulang dikongsi bersama 4 atau 5 orang tetamu. Dalam satu dulang ni mempunyai nasi, ayam, mee, tahu kering, kacang, ikan masin, serunding, tempe. Bila makan bersama kawan-kawan atau keluarga memang sedap.

PECAL



                               

Yang ni nama dia pecal, memang sinonim dengan selera orang malaysia, Isi kandungan pecal ni seperti tempe, tahu, tauge, kacang, timun, kangkung dan sambal kacang. Cara untuk makan campurkan semua kandungan tadi dan gaulkan dengan sambal kacang


TEMPE


Haa.. yang ni tempe.. wajib ada disetiap dapur orang jawa. Tempe ni berasal dari kacang soya yang direbus.   banyak masakan yang boleh dibuat dengan tempe ni tapi paling saya suka tempe goreng, lepastu cicah dengan sampal kicap atau sambal merah, kalau letak KFC kat sebelah tak pandang KFC tu. Tapi tahukah anda pada zaman penjajahan jepun di tanah melayu dulu selain ubi kayu, tempe adalah makanan masyarakat kita ketika itu dan ketika itu tempe dihasilkan daripada BIJI GETAH.




MEE SIPUT



Mee Siput ni selalunya dimakan pada waktu santai, minum petang atau tengah tengok TV ke. Cara makan mee siput ni mudah je gorang agak-agak garing, jangan sampai hangus sudah. Lepas tu hidangkan bersama sambal merah / sambal tumis. Mee siput ni kena makan bersama sambal merah/ sambal kicap baru ada umm..

TEMPEYEK


Tempeyek juga salah satu makanan masyarakat orang jawa, selalunya dihidangkan pada musim perayaan. Bila musim perayaan je baru jumpa tempeyek ni.


SAMBAL GORENG


Sambal goreng ni sedap makan dengan nasi dan lauk-lauk lain, dia punya rasa pedas-pedas manis tu pasti teringat sampai hari ni. Biasanya hidangan ni selalu jumpa time raya atau majlis-majlis tertentu apabila berkunjung kerumah saudara mara atau balik kampung.Rasanya banyak lagi makanan tradisi orang jawa yang tak sempat saya paparkan.





Songkok Orang Jawa ( Blangkon )


JIKA lihat segelintir masyarakat jawa ada memakai penutup kepala seakan-akan kopiah yang menggunakan kain batik pasti anda tertanya-tanya apa sebenarnya benda tu. Ia adalah Blangkon iaitu tutup kepala seperti kopiah yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebahagian dari pakaian tradisional Jawa.
 Menurut sumber, blangkon dibahagi 4 IAITU :
a)  blangkon Ngayogyakarta
v                Ia popular di kalangan kaum lelaki kawasan Jogja. Jika dilihat pada bentuknya, boleh dilihat bagaimana lipatan kain batik tersebut bersilang dan keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya yang berbonjol seperti telur. Bonjolan itu menggambarkan lelaki yang berambut panjang di mana rambut belakangnya diikat dengan simpulan kain tersebut.

b)  blangkon Surakarta
v                   ini pula popular oleh jejaka-jejaka dari wilayah Solo (Salah satu wilayah di Jawa Tengah), di mana ia adalah modifikasi daripada gaya Jogja. Jika dilihat, gaya ini tiada bonjol besar seperti gaya Jogja, hanya sedikit simpulan di bahagian belakang. Ia menggambarkan jejaka yang berambut pendek.

c)   blangkon Kedu
v             Menurut sumber, gaya ini di popularkan oleh salah seorang ulama dari kalanganWalisongo iaitu Sunnan Kalijaga. Keunikan Blangkon gaya ini adalah pada bahagian belakangnya juga iaitu terdapat 2 tali yang terjurai.  
d)  Blangkon Banyumasan
v                                  Untuk pengetahuan, ia dipopularkan oleh masyarakat Sunda. Sunda ini bukan Jawa tau, mereka mempunyai bahasa mereka sendiri yang berbeza dengan bahasa Jawa.Walaubagaimanapun tradisi memakai blankon oleh masyarakat jawa di Malaysia tidak begitu popular mungkin kerana faktor budaya yang telah jauh atau jarang dipraktikkan oleh masyarakat jawa sekarang. Mereka lebih gemar memakai kopiah atau songkok sahaja. Apa-apapun tradisi memakai blangkon ni boleh dianggap sebagai salah satu warisan sesenian budaya yang telah lama wujud. Harga pasaran blangkon di Malaysia sekitar RM35 yang dijual oleh individu tertentu kerana sukar mencari blangkon dipasaran mungkin kerana faktor permintaan yang tidak memberangsangkan.


       Untuk beberapa tips blangkon ada yang menggunakan tonjolan pada bagian belakang blangkon. Tonjolan itu menandakan model rambut lelaki masa itu yang akan mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul di belakang blangkon. Lilitan rambut itu mesti kuat supaya tidak mudah terbuka.


No comments:

Post a Comment